Showing posts with label - Cetakan Kami -. Show all posts
Showing posts with label - Cetakan Kami -. Show all posts

Thursday, February 18, 2010

Paku Iman dan SImpulan Iman



Tajuk : Paku Iman dan Simpulan Iman

Penulis : Tuan Guru Hj Chik b Ahmad

Sinopsis : Kitab ini membicarakan Rukun Iman secara ringkas. Kitab ini telah kami perbaharui dan ditaip semula mengikut susunan yang lebih mudah tanpa mengubah perkataan asal pengarang.

Harga : 10.00 (tidak termasuk pos)

Monday, February 8, 2010

Tabshiratul Amani Ala Bakaakuratul Amani (Edisi Baru)


Nama : Tabshiratul Amani Ala Bakuratul Amani

Penulis : Syeikh Ismail B Abd Qodir Al-Fathoni

Sinopsis : Kitab Tauhid yang amat lengkap pada membicarakan ilmu Tauhid dan Hukum-Hukum Akal. Menggunakan bahasa Fathani tetapi telah di perbaharui dan di susun semula dalam bahasa Melayu dan menggunakan ejaan terkini. Kitab ini lebih dikenali dengan nama Bakurah di kalangan masyarakat. Pengarang merupakan tenaga pengajar di Masjidil Haram Mekah suatu ketika dahulu. Beliau lebih dikenali dengan nama Pak Da 'El, juga guru kepada Tuan Guru Hj Salleh Sik.

Harga : RM 15 (tidak termasuk pos)

Majmu' Arba' Rasail


Tajuk : Majmuk Arbaq Rosail

Penulis : Tuan Guru Haji Chik b Ahmad Al-Qodahi

Sinopsis : Kitab ini mengandungi 4 risalah-risalah kecil yang dihasilkan oleh Tuan Guru Hj Chik. Di dalamnya terdapat Risalah Menolak Fahaman Wahabi, Risalah Berkaitan Hukum Memberi, Menjawab, Mengirim Salam, Risalah Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Murtad, dan Risalah Pada Menyatakan Hukum Riba di Sisi Mazhab Syafie. Kitab ini telah terjual melebihi 100 naskhah sehingga kini.

Harga : RM 6 (tidak termasuk pos)

Sunday, February 7, 2010

Fathur Rahman fi Ilmi Al-Tajwid


Nama Kitab : Fathu ar-Rahman

Penulis : Us Sulaiman bin Ibrahim Al-Kambudi

Sinopsis : Kitab ini merupakan kitab rujukan tajwid yang padat dan ringkas mengikut thoriq Imam Syatibi. Us Sulaiman bin Ibrahim merupakan anak murid kepada Syeikh Sulaiman Mesir dan Syeikh Muhd bin Yusof Al-Hamdani. Beliau telah meringkaskan kepada kita keseluruhan hukum tajwid daripada kitab-kitab besar yang muktabar. Kitab ini amat sesuai bagi guru-guru al-Quran dan setiap orang yang membaca al-Quran. Setiap tajuk bahasan disyarahkan dengan begitu jelas sekali.

Harga : RM20 (tidak termasuk pos)

Saturday, February 6, 2010

Sullamu As-Sibyan


Tajuk : Sullamu As-Sibyan

Penulis : Al-Alim Al-Allamah AL-Faqih Tuan Guru Haji Chik B Ahmad Al-Qodahi

Sinopsis : Kitab ini membicarakan Fiqh dalam mazhab Syafie. Kitab ini boleh dikatakan kitab fiqh jawi paling lengkap dalam membicarakan bab Ibadat di zaman ini. Pengarang merupakan anak murid kepada Tok Kenali, Tok Bermin Fathani juga kepada Abdullah Fahim. Di dalamnya terdapat berpuluh-puluh masalah yang berkaitan dengan Ibadat. Sesuai dijadikan rujukan dan digunakan untuk mengajar. Bahasa yang digunakan juga tidaklah terlalu lama atau terlalu moden. Kitab ini adalah kitab kami yang terlaris dan mendapat sambutan menggalakkan di pondok-pondok sekitar negeri Kedah Darulaman. Dapatkan segera!!

Harga : RM 65 (tidak termasuk pos)

Pengedar diperlukan. Sila hubungi kami di :-

emel : qolis03@hotmail.com

telefon : 019-470 2455 = Khalis

Sayyidus Sholawat


Tajuk : Sayyidus Sholawat

Penulis : Kiyai Haji Fauzan Adhiman Fathullah

Susunan dan Alih Bahasa : Mohd Khalis b Mohd Kamal & Mohd Bakri b Che Min

Sinopsis Buku : Buku ini menceritakan kelebihan berselawat atas Rasulullah SAW dalam bahasa yang santai dan mudah. Buku ini boleh dikatakan padat dan ringkas dalam memperkatakan mengenai selawat. Banyaklah kelebihan-kelebihan selawat yang diketengahkan oleh penulis yang kita tidak ketahui. Buku yang sangat bermanfaat bagi pencinta-pencinta selawat dan pencinta Rasulullah SAW. Berbanding cetakan Indonesia, buku ini di mulakan oleh Mukadimah oleh Asy-Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Maghribi Al-Hasani. Sila dapatkan segera sementara stok masih ada.

Harga : RM5 (tidak termasuk pos)

Pengedar diperlukan. Sila Hubungi Kami :-

emel : qolis03@hotmail.com

telefon : 019-470 2455 = Khalis