Thursday, February 18, 2010

Paku Iman dan SImpulan Iman



Tajuk : Paku Iman dan Simpulan Iman

Penulis : Tuan Guru Hj Chik b Ahmad

Sinopsis : Kitab ini membicarakan Rukun Iman secara ringkas. Kitab ini telah kami perbaharui dan ditaip semula mengikut susunan yang lebih mudah tanpa mengubah perkataan asal pengarang.

Harga : 10.00 (tidak termasuk pos)

Wednesday, February 10, 2010

Matla-'ul Badrain


Tajuk : Matlaq Al-Badrain

Penulis : Muhammad b Ismail Daud Al-Fathani

Sinopsis : Kitab Fiqh lengkap atas mazhab Syafie. Membicarakan bab Ibadat, Muamalat, Munakahat dan Jinayat secara asas. Kitab ini merupakan kitab yang wajib dipelajari setiap muslimin dan muslimat. Diajar secara meluas di alam Melayu.

Harga : RM 6.00 (tidak termasuk pos)

Tuesday, February 9, 2010

Misbahul Munir


Tajuk : Misbah Al-Munir

Penulis : Abd Aziz b Ismail Al-Fathani

Sinopsis : Kitab ini membicarakan mengenai hukum-hukum akal dan syarak serta menyatakan dalil-dalik aqli dan naqli untuk setiap sifat-sifat Allah dan Rasul. Boleh dikategorikan sebagai kitab pertengahan bagi pelajar agama.

Harga : RM 4 (tidak termasuk pos)

Munyatil Musholli



Tajuk : Munyah Al-Musholli

Penulis : Syeikh Daud b Abdullah Al-Fathani

Sinopsis : Membincangkan tentang solat secara terperinci. Amat sesuai bagi golongan yang ingin mendalami perkara berkaitan ibadah solat.

Harga : RM 3.50 (tidak termasuk pos)

Penawar Hati


Tajuk : Penawar Bagi Hati

Penulis : Syeikh Abd Qodir B Abd Muthallib Al-Mandili

Sinopsis : Kitab ini membicarakan tentang sifat-sifat mazmumah dan mahmudah. Kitab ini merupakan kitab permulaan bagi sesiapa yang ingin salik ke jalan Allah SWT. Digunakan secara meluas di seluruh alam pengajian melayu.

Harga : RM 5 (tidak termasuk pos)

Hidayatus Sibyan


Tajuk : Hidayah Al-Sibyan

Penulis : Tuan Guru Husein Nasir b Thoib al-Mas-'udi Al-Banjari

Sinopsis : Kitab ini merupakan kitab fiqh dalam bab ibadat. Kitab ini merupakan kitab asas pada belajar ilmu fiqh. Banyak digunakan oleh guru-guru dan ustaz-ustaz untuk mengajar fardhu ain.

Harga : RM 3.50

Qothrul Ghasiyyah


Tajuk : Qathru Al-Ghasiyyah

Penulis : Tuan Guru Husain Nasir b Muhammad Thaib Al-Mas-'udi Al-Banjari (Tuan Husein Kedah)

Sinopsis : Kitab ini membicarakan Ilmu Tasauf Hakikat dan Istilah-Istilah Tasauf serta sifat-sifat mahmudah dan mazmumah. Pengarang merupakan Ulamak Tersohor Abad ini di alam nusantara dan lebih dikenali dengan nama Tuan Husein Kedah yang telah mengasaskan 6 buah pondok sekitar Kedah dan Pulau Pinang.

Harga : 3.50 (tidak termasuk pos)

Wusyahul Afrah



Tajuk : Wusyah Al-Afrah

Penulis : Muhammad B Ismail Daud Al-Fathani

Sinopsis : Merupakan Kitab Fiqh dalam membicarakan masalah Ibadah solat dan kelebihan-kelebihan zikir dan wirid-wirid. Penulis merupakan pengarang bagi Kitab Matlaul Badrain yang amat terkenal itu.

Harga : RM 3.50 (tidak termasuk pos)

Monday, February 8, 2010

Hadis 40 Rumi



Tajuk : Hadis 40

Penulis : Mustafa Abd Rahman

Sinopsis : Seperti juga kitab Hadis 40 di bawah cumanya kitab ini edisi rumi.

Harga : RM 25.00

Hadis 40 Jawi


Tajuk : Hadis 40

Penulis : Mustafa Abd Rahman

Sinopsis : Kitab ini diterjemah daripada kitab asal dalam bahasa arab oleh Imam Nawawi dan kemudian disyarahkan pula oleh penulis. Kitab ini mengandungi 40 hadis yang dipilih oleh Imam Nawawi sebagai hadis untuk praktis harian.

Harga : 25.00 (tidak termasuk pos)

Hikam Jawi


Tajuk : Hikam Jawi

Penulis : Tok Pulau Manis

Sinopsis : Hikam Jawi merupakan kitab Tasauf Hakikat yang disyarahkan oleh Tok Pulau Manis daripada matan Hikam karangan Ibnu Athoiyyah As-Sakandari. Kitab ini dipelajari oleh pelbagai lapisan masyarakat dan tidak perlu diperkenalkan lagi.

Harga : RM 6.50 (tidak termasuk pos)

Sirajul Huda



Tajuk : Sirajul Huda

Penulis : Syeikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badwi As-Sambawi

Sinopsis : Kitab Tauhid ini mensyarahkan Matan Ummu Barahin bagi Imam Sunusi dalam bahasa Melayu. Kitab ini dibaca di pondok-pondok. Dikategorikan kitab peringkat pertengahan.

Harga : RM 3.00 (tidak termasuk pos)

Tabshiratul Amani Ala Bakaakuratul Amani (Edisi Baru)


Nama : Tabshiratul Amani Ala Bakuratul Amani

Penulis : Syeikh Ismail B Abd Qodir Al-Fathoni

Sinopsis : Kitab Tauhid yang amat lengkap pada membicarakan ilmu Tauhid dan Hukum-Hukum Akal. Menggunakan bahasa Fathani tetapi telah di perbaharui dan di susun semula dalam bahasa Melayu dan menggunakan ejaan terkini. Kitab ini lebih dikenali dengan nama Bakurah di kalangan masyarakat. Pengarang merupakan tenaga pengajar di Masjidil Haram Mekah suatu ketika dahulu. Beliau lebih dikenali dengan nama Pak Da 'El, juga guru kepada Tuan Guru Hj Salleh Sik.

Harga : RM 15 (tidak termasuk pos)

Al-Takrifat Al-Jurjani



Tajuk : At-Takrifat

Penulis : Asy-Syarif Ali bin Muhammad Al-Jurjani

Sinopsis : Kitab ini lebih dikenali dengan nama Takrifat Jurjani. Merupakan kitab pada menyatakan Takrif-Takrif dan Istilah-Istilah yang berkaitan dengan Ilmu Tauhid, Fiqh, Tasauf dan lain-lain. Wajib diperoleh oleh setiap yang belajar dan mengajar ilmu agama.

Harga : RM 20 (tidak termasuk pos)

Faridatul Faraid


Tajuk : Faridah al-Faraid

Penulis : Tuan Guru Ahmad bin Mohd Zain bin Mustafa bin Mohd Al-Fathani

Sinopsis : Ini juga merupakan kitab Tauhid dan membicarakan Hukum-Hukum Akal. Kitab ini digunakan secara meluas di seluruh pelusuk nusantara.

Harga : RM 3.50 (tidak termasuk pos)

Taqribul Ikhwan


Tajuk : Taqrib al-Ikhwan

Penulis : Tuan Guru Hj Abd Qodir b Wangah Budi Sekam (Tok Ayah Dey)

Sinopsis : Kitab ini membicarakan mengenai Tauhid dan Hukum-Hukum Akal. Menggunakan bahasa Fathani lama akan tetapi melengkapi keseluruhan Sifat-Sifat Allah dan Rasul. Pengarang merupakan anak murid kesayangan Pak Da 'El, Guru di Masjidil Haram Mekah.

Harga : RM 3.50 (tidak termasuk pos)

Majmu' Arba' Rasail


Tajuk : Majmuk Arbaq Rosail

Penulis : Tuan Guru Haji Chik b Ahmad Al-Qodahi

Sinopsis : Kitab ini mengandungi 4 risalah-risalah kecil yang dihasilkan oleh Tuan Guru Hj Chik. Di dalamnya terdapat Risalah Menolak Fahaman Wahabi, Risalah Berkaitan Hukum Memberi, Menjawab, Mengirim Salam, Risalah Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Murtad, dan Risalah Pada Menyatakan Hukum Riba di Sisi Mazhab Syafie. Kitab ini telah terjual melebihi 100 naskhah sehingga kini.

Harga : RM 6 (tidak termasuk pos)

Al-Durarul Bahiyah


Tajuk : Ad-Durar Al-Bahiyah

Penulis : Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Sinopsis : Merupakan kitab Kaedah-Kaedah Fiqh dalam Mazhab Syafie yang diringkaskan daripada kitab Asybah wa An-Nazhoir karangan Imam Suyuthi. Kitab ini digunakan secara meluas di kalangan pelajar pondok di negeri Kedah dan di universiti-universiti. Amat sesuai bagi golongan ustaz-ustaz dan pelajar-pelajar dalam bidang Syariah Islamiyyah.

Harga : RM 21 (tidak termasuk pos)

Fatawa Al-Bayan 1


Tajuk : Al-Bayan

Penulis : Dr. Ali Jumuah (Mufti Mesir)

Sinopsis : Juga merupakan kitab fatwa-fatwa oleh Dr. Ali Jumuah, mufti kerajaan Mesir.

Harga : RM 50 (tidak termasuk pos)

Fatawa Al-Bayan 2


Tajuk : Al-Bayan

Penulis : Dr. Ali Jumuah (Mufti Mesir)

Sinopsis : Merupakan kitab fatwa-fatwa karangan Dr. Ali Jumuah yang merupakan mufti kerajaan Mesir terkini.

Harga : RM 50 (Tidak termasuk pos)

Sunday, February 7, 2010

Fathur Rahman fi Ilmi Al-Tajwid


Nama Kitab : Fathu ar-Rahman

Penulis : Us Sulaiman bin Ibrahim Al-Kambudi

Sinopsis : Kitab ini merupakan kitab rujukan tajwid yang padat dan ringkas mengikut thoriq Imam Syatibi. Us Sulaiman bin Ibrahim merupakan anak murid kepada Syeikh Sulaiman Mesir dan Syeikh Muhd bin Yusof Al-Hamdani. Beliau telah meringkaskan kepada kita keseluruhan hukum tajwid daripada kitab-kitab besar yang muktabar. Kitab ini amat sesuai bagi guru-guru al-Quran dan setiap orang yang membaca al-Quran. Setiap tajuk bahasan disyarahkan dengan begitu jelas sekali.

Harga : RM20 (tidak termasuk pos)

Saturday, February 6, 2010

Sullamu As-Sibyan


Tajuk : Sullamu As-Sibyan

Penulis : Al-Alim Al-Allamah AL-Faqih Tuan Guru Haji Chik B Ahmad Al-Qodahi

Sinopsis : Kitab ini membicarakan Fiqh dalam mazhab Syafie. Kitab ini boleh dikatakan kitab fiqh jawi paling lengkap dalam membicarakan bab Ibadat di zaman ini. Pengarang merupakan anak murid kepada Tok Kenali, Tok Bermin Fathani juga kepada Abdullah Fahim. Di dalamnya terdapat berpuluh-puluh masalah yang berkaitan dengan Ibadat. Sesuai dijadikan rujukan dan digunakan untuk mengajar. Bahasa yang digunakan juga tidaklah terlalu lama atau terlalu moden. Kitab ini adalah kitab kami yang terlaris dan mendapat sambutan menggalakkan di pondok-pondok sekitar negeri Kedah Darulaman. Dapatkan segera!!

Harga : RM 65 (tidak termasuk pos)

Pengedar diperlukan. Sila hubungi kami di :-

emel : qolis03@hotmail.com

telefon : 019-470 2455 = Khalis

Sayyidus Sholawat


Tajuk : Sayyidus Sholawat

Penulis : Kiyai Haji Fauzan Adhiman Fathullah

Susunan dan Alih Bahasa : Mohd Khalis b Mohd Kamal & Mohd Bakri b Che Min

Sinopsis Buku : Buku ini menceritakan kelebihan berselawat atas Rasulullah SAW dalam bahasa yang santai dan mudah. Buku ini boleh dikatakan padat dan ringkas dalam memperkatakan mengenai selawat. Banyaklah kelebihan-kelebihan selawat yang diketengahkan oleh penulis yang kita tidak ketahui. Buku yang sangat bermanfaat bagi pencinta-pencinta selawat dan pencinta Rasulullah SAW. Berbanding cetakan Indonesia, buku ini di mulakan oleh Mukadimah oleh Asy-Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Maghribi Al-Hasani. Sila dapatkan segera sementara stok masih ada.

Harga : RM5 (tidak termasuk pos)

Pengedar diperlukan. Sila Hubungi Kami :-

emel : qolis03@hotmail.com

telefon : 019-470 2455 = Khalis